Featured Products

Recent Products

Coach Factory Outlet (CFO Sale) VS Coach VIP Sale

Apakah perbezaan antara Coach CFO Sale dan Coach VIP Sale?

Coach terdiri daripada 2 bisnes model yang berbeza tetapi saling melengkapi.

Satu Butik Coach High End yang menjual koleksi handbags ekslusif dan berkualiti tinggi, harganya mahal dan designnya sangat cantik. Butik ini selalunya dibuka di Shopping Mall di kebanyakan bandar. Website untuk pembelian online nya ialah (www.coach.com). Kesetiap pembelian handbag dari butik ini akan mendapat Dustbag, Carecard and packaging yang kemas. Di Malaysia, butik ini sama seperi Butik Coach di KLCC.

Manakala satu lagi ialah Coach Factory Outlet yang menjual handbags yang dikeluarkan khas untuk Factory Outlet, kualitinya kurang dan harganya lebih murah. Factory Outlet cuma terdapat di kawasan pinggiran bandar. Website untuk pembelian online nya ialah (www.coachfactory.com).Setiap pembelian handbag dari CFO ini tidak akan mendapat packaging seperti dustbag dsb.

Akan tetapi, kedua duanya di bawah satu jenama yang sama, dan kedua duanya adalah ORIGINAL COACH. Kadang kala, apabila telah masuk musim baru, model model lama dari Butik Coach High End akan dijual dibawah CLEARANCE di Factory Outlet.

Jika anda ingin memiliki Coach kualiti tinggi pada harga rendah, disyorkan agar membeli ketika butik high end ini membuat VIP Sale. Kesemua model butik high end akn mendapat potongan dari harga sebenar yang dijual. VIP Sale ini jarang sekali diadakan, cuma beberapa kali dalam masa setahun

Manakala Coach Factory Outlet sering membuat jualan murah melalui CFO Sale setiap minggu.

Bagaimana untuk membezakan Coach High End dan Coach Factory Outlet?

Jawapan: Kod number setiap model factory mempunyai huruf ‘F’ di hadapan.